#

  Ayah Superstar Atau Superman?

Semalam pening banyak kepala lisa bila ibu tanya ayah lisa superstar ke superman...Budak prasekolah macam lisa tentulah jawab superman sebab man kan untuk lelaki.Takkanlah ayah sama dengan bintang!!berkelip di atas awan? Tak mungkin

Memang tidak menghampakan, ibu bantu lisa fahami superstar or superman dengan gambar-gambar dari internet.Harap semua dapat faham. Sikitpun tidak mengapa asalkan faham.Apa-apa je lah..

Superman orang yang kuat,berani,boleh buat macam-macam kerja dalam masa yang singkat.Ibu bagi contoh, pergi kerja, balik rumah memasak, cuci kereta, hantar anak mengaji, ke surau dan malam ajar anak-anak membaca.Fuhh!!Lisa tarik dan lepaskan nafas panjang. Dasyatnya.Panjang betul.Patutlah super

Ibu kata superstar tu pujaan ramai (ooo..macam abang aznil kut)jadi contoh baik pada anak-anak (Ha macam cikgu kat sekolah pulak).Mukanya bercahaya dan berseri-seri selalu.Yang ini lisa confuse sikit sebab bunyinya macam iklan sabun pencuci di tv tu.Lisa garu kepala yang tak gatal

Selepas itu ibu tanya, gambar mana adalah ayah Lisa? Superman ke Superstar?

Ternganga mulut Lisa. Ambil kedua-dua gambar tu, pandang ke atas ke bawah, pusing-pusingkan,pejamkan sebelah mata kanan,lepas tu cuba tengok sambil berbaring dan letak tangan atas dahi (macam ayah selalu buat bila susah hati-kadang-kadang jer) tapi tidak ada jawapan

Bila ibu tanya jawapan kali ke-3, Lisa pejamkan mata dan cuba ingat apa yang ayah buat. Pergi kerja pagi-pagi,pakai smartlah juga,balik kerja ambil lisa dari rumah pengasuh,tolong ibu kemas itu dan ini,hantar angah ke sekolah agama, ambil along dari sekolah,baca surat khabar,ampaikan kain(banyak juga-1 bakul setengah) dan memasak kalau ibu tak sempat atau pening kepala.Ish,ish lupa pulak nak bagi tahu bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu. Confirm! ayah superstar. Superstar lah ibu. Lisa jawab dengan yakin sambil tersengih bangga

Habis tu, ibu bukan superstar? Tanya ibu pada lisa

Alamak, bunyi macam merajuk jer. Habislah lisa kalau ibu merajuk (kadang-kadang saja ibu buat muka macam tu).Em..em...nanti kejap.Kali ini lisa tengok muka ibu dan cuba senaraikan apa yang ibu buat seharian.

Ibu bersiap cantik-cantik dan bawak lisa ke sekolah, hantar sampai masuk kelas(kalau tidak lisa meragam he..he..)pergi kerja.Kalau ada apa-apa hal anak-anak cikgu panggil ibu akan datang termasuklah hari pendaftaran ke,hari anugerah ke, sukan ke siap ambil gambar dan tunjuk ibu jari ke atas tanda hebat.Kalau sakit ibu bawak ke hospital dan berjaga malam( sambil melayan macam-macam permintaan yang 'wajib' ditunaikan masa sakit-picit kepala,nak minum air 100 plus walaupun dah tengah malam, nak suapkan makan dan 1001 macam permintaan pelik. Kalau di dapur ibu lebih hebat dari chef hotel Casuarina atau Hillcity yang lisa pernah pergi. Ibu boleh memasak sambil basuh kain (guna mesin) kemas rumah,cuci bilik air ,lipat kain sambil memantau angah baca sifir dalam masa yang sama. Wau!! Ibu super..(tak habis sebut sebab hujungnya man. Ibu jadi superstar pun boleh juga kata lisa.Ibu kan cantik,rumah kemas dan cantik,baik hati dan macam-macamlah tambah lisa

Sebenarnya ibu dan ayah superstar ke superman? Lisa dah mula letih mencari jawapan.Biasalah,mintak ibu selesaikan

Kali ini ibu pula yang senyum kambing.

Ibu peluk lisa dan kata superman tidak akan bersinar kalau tidak ada star di sekelilingnya. Jadi ibu akan jadi star yang mengelilingi ayah sebagai superman.Boleh faham? tanya ibu

Haah..superstar dan superman ada anak-anak ynag superkid! Along mencelah

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]