#

  Tips Hari Pertama Hantar Anak Ke Tadika-Versi Ibu

Saja ibu Lisa nak kongsi tips ini untuk semua ibu atau bapa-bapa di luar sana
1. sehari sebelum sekolah pastikan bawa lisa pergi jalan-jalan (walaupun kat taman je) dan katakan kalau rajin sekolah nanti ibu bawa jalan-jalan lagi. sambil hayun buai tu buatlah latihtubi ayat tadi. sikit-sebanyak mesti lekat juga di kepala anak

2.Malamnya tunjukkan sume benda-benda baru yang dah dibeli seperti beg pink, kotak pensil pink, botol air pink, kasut asadi zap on dengan stoking. Jangan lupa gayakan cara bawa beg tu.Macam biasa, puji-pujian ( wau, wah, kalau perlu pewiiit sekali) tu sentiasalah dimulut.

3. Tidurlah awal. Kalau tak mau juga bawa masuk bilik aircond.Ibupun mesti tidur sekali tau. Biarlah dia pusing 90 darjah ke 180 darjah ke waima 360 darjahpun tak mengapa.Lama-lama nanti lelaplah. Opps..kalau anak nak ke bilik air 3 hingga 6 kali tu perkara biasalah

4. Esoknya, siapkan anak awal dan hantar sampai masuk kelas.Bukakan kasut sebab hari ini anak tu raja satu hari (kalau berlarutan seminggupun tak mengapa).Rasa nak marah je tarik nafas panjang-panjang, istghafar banyak-banyak. Akhirkan pertemuan dengan ayat-ayat cinta macam love u, see u, love u 100 muah....ikutlah kreativiti masing-masing

5. Akhirnya berdoalah supaya anak tak meraung memanggil anda sebelum sempat berpaling atau cikgu tadika call kata anak dah menangis berguling.

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]