#
Alahai....saya memang nak cuti! confirm saya nak cuti!tapi tengah bulan ni sape nak bagi cuti percuma? Ke Bali? Ke Thailand? Langkawi puuuun boleh jer kalau ada yang nak sponsor.Siapa? Tu kat sebelah...MAS

Semenjak mula sekolah Lisa teringin sangat pergi bercuti walaupun baru sebulan setengah jer sekolah he2.Bulan 12  Tahun 2009 kami sekeluarga travel dari Kajang ke Johor Bahru.Pas tu ke Mersing, Kuantan (Teluk Cempedak) dan Kuala Terengganu.Fuhh...jauh giler tu sampai Lisa muntah-muntah tak tahan dengan jalan ke Mersing yang 'bagai ular kena palu' atau macam pacat turun naik bukit.Eh! ada kena mengena ke? Yang penting memang penat dan memenatkan.Puas duduk,Lisa berbaring, melunjur,meniarap,tengok DVD,kacau kakak dan abang,ketawakan ibu yang tidur dengan muka senget, makan,minum pas tu muntah uweekk! Tak mengapa sebab ibu dah sediakan plastik muntah dari rumah.Lepas muntah ibu bagi isyarat pada ayah berhenti untuk buang plastik.Pas tu ibu standby plastik lain (banyak bekalan dari rumah) kira sama banyak dengan bekalan makanan.Hajat hati nak mandi laut di Teluk Chempedak tapi ombak besar sangat (adik tsunami macam tu).Dah tak ada aktiviti, Lisa posing sakan kat tepi pantai tu tapi sempat juga bina rumah pasir dengan ayah,abang dan kakak.Ibu tak join sebab malas nak cuci tangan-pasirnya halus dan putih bersih.
Kesian juga ibu beg tangannya putus.Rezeki ibulah dapat beli beg tangan baru walaupun murah jer di Mersing. Lisa tak kisah sangat sebab masa tu sedang syok makan bihun goreng (ada sotong) dengan teh ais (dengan ayah dapatlah merasa ais pagi-pagi buta-pagi yang buta..sangat pagilah  kot)Sampai Kuala Terengganu kesiannn Lisa tak dapat mandi juga kerana ombak besar (besar punya-iklan taruh ikan dalam maggi tuh)tapi dapat naik kereta kuda (pedati) macam dalam cerita P.Ramlee kat tv.Lisapun masa nilah celik ict - he3..makan ikan celup tepung di tepi pantai yang indah.Lagu P.Ramlee la pulak.Ibu yang bagi tau sume tu.Seronok dapat main layang-layang lawan siapa punya paling tinggi.Takutpun ada almaklumlah Lisa kan kecik (pendek-ibu kata tak sopan)bimbang ditarik layang-layang masuk ke dalam awan.Kalau dapat jumpa Doraemon tak pelah mintak dia kuarkan mesin pengawal ombak untuk 1 jam supaya Lisa sempat tukar baju dan mandi.Wow!!best sangat-sangat.

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]