#

Perisian yang trebaik??? Sebenarnya TIDAK ADA. Setiap jenis perisian blog ada kelemahan dan kelebihan tersendiri dan ia bergantung kepada kehedak dan keperluan anda.
Jika anda ingin menggunakan yang percuma, blogger.com dan wordpress.com sesuai untuk dan begitu juga yang lain-lain.
Jika anda tidak mahu bersusah-payah memasangan (install) sendiri perisian blog di webhosting atau server sendiri, maka jenis developer‑
hosted adalah sesuai untuk anda. Bayaran biasanya adalah setiap bulan secara ansur-ansur atau bayaran tahunan. Salah satu perkhidmatan blog berbayar yang dikenali ramai adalah typepad.com.
Dan jika anda Iebih mahukan kebebasan yang luas dan tidak terbatas, maka pemasangan sendiri perisian blog di host web sendiri adalah pilihan terbaik untuk anda. Kebanyakan blog di internet yang dipasang di hosting sendiri adalah menggunakan perisian Wordpress.
Ianya percuma dan tergolong di dalam kategori Open Source. Anda boleh mengubah kod-nya untuk mendapatkan 'prestasi' yang Iebih baik. Anda boleh dapatkan source code bagi perisian ini di
Perlu dimaklumi, wordpress.com dan wordpress.org dua laman web yang berbeza. Dot Corn menyediakan servis blog percuma dan Dot Org menyediakan support untuk perisian worpress. Blog di wordpress.com juga menggunakan perisian wordpress.
Selain wordpress, ada lagi beberapa perisian yang lain seperti bblog dan blosxom seperti yang dinyatakan di mukasurat empat.
Langkah terbaik adalah, anda membuat penilaian dengan melakukan perbandingan bagi setiap jenis blog. Anda boleh merujuk di sebuah laman web ini yang membuat perbandingan bagi setiap jenis perisian blog. Sila ke laman web berikut untuk merujuk cara tersebut:
http://www.ojr.org/ojr/images/blog software comparison.cfm
Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, saya amat menggalakkan anda memasang sendiri. Pemasangan tidaklah begitu susah walaupun anda tidak mengetahui atau memiliki latar-belakang komputer, perisian atau internet.

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]