#

  Ibu @emak @ ummi dan lesen memandu?

ibu @emak @ ummi dan lesen memandu?

Zaman 60-an dulu kalau sebut je perempuan dan lesen memandu mesti ada yang fikir 'tak mungkin' atau takkanlah.... apatah lagi waktu tu keretapun susah kelihatan kecuali golongan yang berada dan berkemampuan.Dapat duduk tersandar dalam kereta di sebelah pemandu (boleh jadi ayah @ bapak @abi-kalau takpun pakcik pemandu teksi) sudah kira bangga sangat.Kalau boleh sepanjang jalan nak buka tingkap bagi orang lain nampak dan 'ternganga'.Wau! bertuahnya! Siapa tu! anak orang kaya manalah ni! kalaulah aku....macam-macam lagi perkataan yang ada tanda seruan (!) dihujungnya kedengaran.

Bagi lelaki pula memiliki kereta seolah menaikkan 'saham' masing-masing terutama yang bujang trang..tang..tang. Waktu inilah anak-anak dara kampung sengaja..tersengaja..ada juga yang tanpa sengaja-sengaja menghantar 'buah tangan' (kuih,bubur dll) kononnya emak yang suruh dengan alasan dapat memikat hati si teruna.

Pendek kata kereta yang menjalar di hadapan rumah petanda tuan rumah orang berada (bukan berada-ada ye).Pada waktu itu perempuan yang ada lesen memandu (biasanya hebat memandu periuk gulai atau kuali di dapur) perempuan anak orang kaya yang tiiiiiiinggi sahamnya.

Tapi itu dulu-dulu. Wanita sekarang lain pulak ceritanya.Bagi yang dah berumahtangga,selalunya suami akan menggalakkan si isteri mengambil lesen memandu (supaya dapat bantu dia uruskan anak-anak-tersiratnya).Bagi keluarga yang mempunyai dua kereta apatah lagi jika si isteri beriya-iya ingin mempunyai lesen memandu tentunya DIRESTUI suami.Antara kebaikan isteri ada lesen memandu adalah:

1.Apabila sisuami bekerja di utara dan si isteri bekerja di selatan-anak-anak pula bersekolah di antaranya...urusan menghantar,mengambil dan menghantar semula ke sekolah agama,kelas tambahan dan sebagainya menjadi lebih mudah.Sistem giliran atau 'siapa cepat dia ambil'(bergantung siapa balik kerja dulu) juga boleh dilakukan almaklumlah komitmen terhadap kerja menuntut masa yang kadang-kala berlaku diluar jangkaan.Lalu terjadilah insiden-insiden seperti terlupa ambil anak dari sekolah, anak tersadai di sekolah agama hingga maghrib,anak ponteng kelas tambahan dan sebagainya.

2.Bila ayah @ bapa @ daddy pergi berkursus.Wah!masalah besar kalau emak tidak ada lesen memandu, paling tidakpun boleh bawa motorsikal.Lainlah kalau ada jiran @ orang yang boleh ditumpangkan untuk ke sekolah.Ke kelas tambahan dan sekolah agama pulak macamana? Bagi yang berada bolehlah sediakan kereta bersama pemandu sekali.Keadaan macamtu ayah outstation seminggupun tak menjadi masalah.

3.Surirumahtangga sepenuh masa memang padat dengan aktiviti seharian dirumah.Katakanlah sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak dan suami tersayang tiba-tiba gas memasak habis.Habislah!Mau tak menggelabah bila jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 1 pm.Nak dijadikan cerita tak dapat pulak call kedai yang ada jual gas kerana kehabisan kredit.Maunya tak rasa nak terdemam.Dapat dibayangkan herot muka anak-anak bila balik dalam keadaan 'gajah kelaparan'huhuh

3. Bila anak-anak jatuh sakit sedangkan bapa tiada di rumah (kecemasan).Ada rezeki bolehlah mintak tolong jiran-jiran yang prihatin tapi kalau waktu tu cuti sekolah dan semua jiran tiada di rumah? Demam biasa takkanlah panggil ambulans kot!Lagi parah bila terpaksa berulang-alik menemani anak-anak yang terlantar di hospital. Itu belum lagi kes kalau si bapa pulak yang sakit...alahai!!

4. Bila ahli keluarga terdekat meninggal.Kalau boleh memandu dapatlah menatap wajah-wajah orang tersayang tu buat kali terakhir.Suami pulak belum tentu dapat keluar pada bila-bila masa..almaklumlah kerja (???)

5. Bila sesekali teringin pergi ke pasar malam ker kelas agama ker bererobik ker pasaraya ker (buat facial??)sedangkan suami tidak berkesempatan atau tiba-tiba pening kepala..he2

Seharian menguruskan anak-anak dan suami inilah masanya dapat 'mencuci mata' dan menenangkan fikiran.Bagi isteri yang juga bekerja inilah masanya dapat keluar dari rutin kerja seharian yang membosankan.

Pendek kata ( ker panjang kata)banyaklah kebaikannya jika ibu @ isteri ada lesen memandu.Pun begitu janganlah pula ada adegan-adegan yang tidak sepatutnya pula berlaku (ambil kesempatan atas kebolehan isteri @ sengaja wujudkan outstation @ buat tak tahu bila sesekali minta di'drive'kan ke mana-mana)Kalau boleh jangan langsunglah terkait dengan pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit' bimbang pula tergigit sampai putus nanti. Kata saya saja....anda fikirkan!

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]