#

  Puding Kacang Merah

Pas buat ais kacang ari tu,tengok ada lebih setengah paket lagi kacang merah (saiz besar tu).Fikir punya fikir pe nak buat,teringat agar-agar.Biasanya tambah pewarna merah je tapi kali ni nak tambah kacang merah pulak.Resepinye kat bawah.Dah cubapun memang sedap.Boleh cuba-nak puasa ni lagi best!
Bahan-bahan:
600 ml susu segar (tukar santan pun boleh)
500 ml air
200 gm kacang merah
200 gm gula pasir (kurangkan jika tak mahu manis)
15 gm serbuk agar-agar
sedikit garam
pewarna merah

Cara Buat:

1. Rebus kacang merah sampai kembang.
2.Blender kacang sampai halus (jika kasar,bila potong teksturnya tak cantik)

3.Rebus air,agar-agar,dan gula dengan api perlahan sambil kacau-kacau.Tambah kacang yang diblender tadi, susu segar,garam dan kacau lagi
4.Macam biasa,nak bagi cantik,tambah pewarna merah
5. Masukkan dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.Bila dipotong,memang cantik (nampak tak biji-biji halus kacang merah tu!!)
 Lisa dan kakak suka ni.Nyam-nyam

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]