#

  Cara Masukkan Script Ke Template Blog Anda


Pernah terfikir bagaimana cara memasukkan script (copy) ke dalam template blog anda?Blogger Berpengalaman tajuk ini mungkin tidak diperlukan lagi namun sesuai dengan tujuan blog saya – Belajar Blogging- saya akan berkongsi ilmu buat blog yang mudah mahupun yang advance. Contoh di sini, jika saya terjumpa script atau code cara untuk membuat teks berjalan di menu bar dan berhasrat memasukkan script tersebut dalam blog. Caranya mudah saja seperti langkah di bawah:
1. Mula-mula buat backup blog anda dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.Lihat tutorial http://nurlisa2010.blogspot.com/2010/08/cara-buat-backup-template-blog.html 
2. Seterusnya, Anda akan diminta mencari code tertentu di dalam template blog anda. Contoh di sini cari code < /head>. Caranya:
a. masuk ke akaun blog anda 
b. Klik Design, Klik Edit HTML

  
 c. Klik pada kotak Expand Widget Template.Lihat di bawah.
 

d. Untuk cari code < /head> tadi , Klik Ctrl+F (serentak - kotak Find akan muncul di bahagian kiri bawah) supaya mudah dan tepat pencarian code.
e. Copy dan Paste code < /head>  dalam kotak Find dan klik Enter.  Lihat di bawah
Anda akan dapat melihat code < /head> dihighlight berwarna hijau atau biru.Lihat di atas
f. Seterusnya anda akan diminta salin (copy) dan tampal (paste) script atau code lain samada di atas atau di bawah code < /head> tadi . Ikut saja arahan ok.
g. Jika sudah, klik preview dan lihat adakah coding anda tadi berjaya
h. Jika puas hati baru klik save template.
Moga tips ini membantu menyelesaikan masalah anda.Selamat Berblog!
 

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]