Namun pendapat saya ada baiknya (jangan marah-baca dulu sampai habis) anak belajar di kelas belakang.
- Ibu bapa termasuk saya sendiri akan lebih mengamati,mengambiltahu,peka dan prihatin terhadap anak ini berbanding yang lain yang dah agak 'terror' tu. Soalan-soalan seperti dah buat kerja sekolah? , nanti mak nak tengok markah ujian bulan ni , kenapa salah jawab-mari mak @ ayah tunjukkan, bapaknya (suami) kita kena hantar budak ni ke kelas tambahan berbayarpun tak mengapa, ataupun bagi umpan seperti keputusan periksa ok sikit nanti mak bawak jalan-jalan bila cuti panjang.Itu belum kira keluarkan belanja (duit) beli buku latihan setiap kali pergi ke pekan (samada dirancang ataupun tidak).Bab motivasi jangan kiralah (positif atau sebaliknya).Membandingkan anak sendiri dengan si polan anak si polan, beli dan mainkan dvd motivator seperti Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (hingga anak boleh hafal ayat atau perumpamaan tertentu-kandungan dvd),bandingkan ayah atau ibu dengan 'kenangan masa lalu' yang telah menjadi sejarah seperti 'mak dulu tak pernah dapat keputusan macam ni-akibat kena sebatlah dengan atuk kau' dan pelbagai lagi bentuk perbandingan (kasut getah dengan kasut pallas zap-on misalnya)
- Anak-anak kelas belakang ni pulak akan terasa disayangi serta dihargai (berbanding anak lain yang sentiasa 'mantain' pelajarannya.Mereka akan berusaha 'memenangi' hati emak dan ayah dengan cara berusaha bersungguh-sungguh. Kembang bukan main kalau mak dan ayah puji bila lulus matematik (tak pernah lulus sebelum ni)
- Adik beradik yang lain akan sentiasa membantu anak kelas belakang ini supaya mereka turut terima habuan 'makan angin' atau makan di tempat istimewa jika ada peningkatan (orang sekarang kata 'lompatan saujana') Mungkin juga mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu 'miss' drama sin chan, doraemon mahupun upin dan ipin.Tidak dapat dibayangkan kalau esoknya di sekolah terpaksa buat-buat tahu (menyampukpun tak berani) apa cerita yang berlaku pada upin dan ipin
semalam - Cikgu pulak akan sentiasa berusaha tingkatkan semangat dan usaha demi memajukan anak-anak kelas belakang ini hingga ada yang sanggup bagi kelas tambahan 'free', waktu cutipun sanggup datang ke sekolah (semangat sikitpun tak menurun bila 5 daripada 20 orang je yang hadir)
- Jiran sebelah rumahpun terkena tempiasnya bila anaknya tidak dapat lagi keluar bermain waktu petang dengan anak kelas belakang (sedangkan anak jiran ni belum tentu kelas depanpun) kerana 'didenda' tidak boleh keluar selagi keputusan periksa tidak bagus.Terkilan pun ada kerana mak @ ayah budak kelas belakang tidak mahu lagi bererobik @ main badminton dengan alasan mengawasi anak kelas belakang di rumah.Alahai!!
- Jangan tak percaya apabila saya katakan peniagapun kena tempias juga.Mana tidaknya, selagi ada promosi makanan tambahan (kismis,spirulina,jus,kacang,buah,beras dll) yang ada menyatakan @ diberitahu mulut 'baik untuk perkembangan otak) mesti masuk bakul. Apa-apapun fikir-fikirkanlah bahawa tidak semua pendapat saya di atas adalah benar belaka. Yang penting 'tepuk dada tanyalah selera' (masing-masing)
1 comments:
saya pun ada anak kelas belakang tapi tak pernah lak rasa kecil hati.
Post a Comment
Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih