#

  Jenis Blog

Kategori Blog? 
Umumnya blog secara asasnya boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1.   Business Blog  cth: http://homebiss.blogspot.com/
2.   Personal Blog cth: http://nurlisa2010.blogspot.com
3.   Contents Blog cth: http://mycendawan.blogspot.com/
Bagi kategori yang pertama, iaitu blog bisnes atau blog perniagaan, is adalah khas untuk perniagaan anda samada fokus kepada bidang jualan produk atau satu blog khusus untuk perniagaan anda amnya.
Untuk blog jenis bisnes ini, anda menulis dan menulis mengenai produk-produk anda, berita terkini, tips mengenai topik yang berkaitan dengan produk jualan anda atau termasuklah sekali dengan cerita mengenai diri anda sendiri.
Blog bisnes tidak sama dengan laman iklan, di mana cara penulisan di blog tidak boleh sama seperti ayat mengiklan, jika tidak pelawat akan terus meninggalkan blog anda. Oleh itu, anda perlu menulis atau menyediakan sesuatu yang berinformasi dan bermanfaat untuk pembaca.
Bagi blog jenis kedua iaitu blog peribadi, blog ini tidak memfokus kepada satu topik yang khusus atau tidak diwujudkan untuk perniagaan atau untuk menghasilkan pendapatan. Ia diwujudkan untuk membina komuniti atau jaringan hubungan tersendiri di antara blogger-blogger yang lain. Blog jenis ini mengandungi aneka ragam tulisan, dari hal-hal peribadi, gosip dan pandangan.  Untuk blog jenis ketiga iaitu contents blog, ia diwujudkan semata­mata untuk mendapatkan pendapatan daripada program tertentu seperti program affiliate dan google adsense. Blog jenis ini biasanya mempunyai niche atau topik yang tertentu, iaitu ada fokus. Maka, tulisan-tulisan sentiasa dimasukkan dan sudah semestinya mesti memberikan manfaat kepada pembaca atau pelawat.  * Nama-nama atau jenis kategori blog yang dinyatakan adalah 'ciptaan' saya sendiri dan mungkin bagi orang lain, ia dipanggil dengan nama lain, tetapi tetap merujuk kepada perkara yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]