#

  Perisian/Software Blog


Perisian Blog?
Blog menggunakan perisian yang tertentu yang begitu banyak di pasaran sekarang samada yang percuma mahupun yang berbayar. Perisian blog ini juga dipanggil blogware atau blog software.


Antaranya adalah seperti blogger.com, wordpress.com, wordpress, bblog, tblog.com dan typepad.com.



Terdapat dua jenis perisian blog iaitu kita menyewa ruang hosting bersama dengan blog (developer-hosted) atau kita memasang sendiri sistem blog tesebut di hosting kita sendiri (user-hosted). Bagi jenis yang pertama iaitu developer-hosted, ada yang percuma seperti blogger.com, blog.com, tblog.com dan wordpress.com. Manakala yang berbayar pula adalah seperti typepad.com.
Bagi jenis yang kedua iaitu pasang sendiri di hosting (user-hosted), contohnya adalah seperti Wordpress, B2evolution, Bblog, Blosxom dan Textpattern. Banyak lagi perisian atau sistem blog yang lain samada yang percuma atau berbayar, dan dibangunkan (create) di server sistem itu atau dipasang sendiri.
Setiap jenis blog ada kekurangan dan kelebihan tersendiri dan setiap orang ada citarasa masing-masing samada mahu menggunakan yang berbayar, pasang sendiri atau yang percuma. Namun, daripada pengalaman saya, memasang sendiri blog lebih terasa kepuasannya berbanding menggunakan perkhidmatan blog developer iaitu menyewa dan membayar untuk setiap bulan.
Antara kelebihan memasang sendiri blog adalah anda dapat menjimatkan kos, dapat mempelajari hal teknikal dan yang paling penting adalah, blog anda adalah hak anda 100% dan tiada sesiapa boleh memberhentikan blog anda daripada beroperasi melainkan undang-undang atau pihak tertentu.
Berlainan dengan blog berbayar atau percuma, jika anda tidak mengikut beberapa syarat ketat mereka, blog anda akan di-block atau paling lebih akan dihapuskan kewujudannya.
Maka, saya amat menyarankan anda memasang sendiri blog. Persoalannya, software atau sistem blog mana yang paling bagus? Adakah perlu dibeli? Mudah ke untuk dipasang (install)? Persoalan ini akan saya jawab di dalam topik yang seterusnya.

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]