#

  Ciri dan Fungsi Blog


Ciri dan Fungsi Blog?
Selain blogger menulis sesuatu artikel di blog, tulisan / artikel mereka itu juga boleh diberikan komen oleh para pembaca yang melawat. Inilah salah satu ciri yang membezakan laman web biasa dengan blog, di mana pelawat juga boleh menulis pendapat mereka terhadap artikel yang ditulis. Namun, ciri ini boleh di-disablekan atau tidak dibuka, bergantung kepada keadaan dan kemahuan bagi pihak blogger.
Disebabkan blog mudah digunakan oleh sesiapa sahaja dan mudah untuk di-update, maka enjin carian mudah meng-index laman web jenis blog ini kerana ia sentiasa dikemaskini. Berbeza dengan laman web statik, ia amat cerewet untuk dikemaskini oleh mereka yang kurang pengetahuan komputer dan pembinaan laman web.
Selain sebab ia selalu dikemaskini kerana mudah digunakan, kebanyakan perisian blog telah megandungi atau memiliki satu fungsi yang dikenali sebagai ping. Ping ini secara mudahnya bermaksud, proses memberitahu enjin carian bahawa blog tersebut telah dikemaskini.
Maka, enjin carian akan datang ke blog itu untuk melakukan proses crawl. Pengalaman saya mendapati, enjin carian begitu cepat datang ke blog untuk melakukan proses crawling setiap kali ada tulisan terbaru dimasukkan (publish) di blog. Maka dengan ini, tidak pelik jika blog lebih mudah mendapat ranking atau kedudukan terbaik di senarai enjin carian. :)

0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]