#

  Sizzling Mee @ Mee Asap

Lisa suka bila ibu masak mee asap @ sizzling mee kerana dapat belajar dari ayah cara gunakan chop stick alaa yang kayu tu.Sampai hari ni mee tu banyak yang tumpah ke meja daripada masuk ke mulut.Bila dah bosan,akhirnya Lisa guna sudu jelah.Yang paling best sesekali bila ibu bagi makan dalam bilik dan pasang air cond. Rasa macam kat tesco pulakkan!.Sejak ibu beli plate sizzling tu..kami dah tak makan sizzling mee kat luar..Cubalah tengok resepi kat bawah ni ye

Bahan-bahan:
Bahan Untuk Buat Sos:
3 cawan stok ayam
1 biji telur
3 tangkai cili kering
3 hiris halia
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji cendawan kering (shitake)-rebus dulu sampai lembut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah
1 keping yee mi
80 gm daging ayam (potong kecil-kecil)
2 biji carrot (potong serong)
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah
Cara-cara:
Celur mee dalam air mendidih. Angkat dan toskan. panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing. Masukkan 3 tangkai cili kering tadi.Masukkan stok ayam,sos tiram, minyak bijan, garam dan lada sulah. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung dan kacau hingga kuah pekat. Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam. Masukkan sayur-sayuran dan sos pekat tadi. Masukkan mi yee & masak selama 2 minit. Pecahkan telur dan biarkan mendidih. Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas. Masukkan yee mi tadi.Sedia untuk dihidangkan.
**kalo nak pedas tambah lada hitam masa menumis
**Lagi power kalo makan dengan cili potong dan kicap
 Tu la dia mee asap..sama tak macam kat tesco? 
Tengok la ayah punya chop setik (stick)..special ipoh mali tau
Angah nak lawan Lisa siapa abis dulu makan mee asap! 
Sempat lagi posing nak masuk blog Lisa. Cepat tengok bawah
Ha...akhirnya Lisa guna sudu dan hafu (garfu).Lagi sedap dan cepat makankan!

1 comments:

shuhaini said...

Nak tanya, mana beli plate sizzling tu?? Tq

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]