#

  Steambot Mengancam Versi Ibu Lisa

Ari ni along balik umah 'outing'sekolah asrama.Ibu dah rancang nak masak spesial tuk makan ramai-ramai (tak ramaipun..5 orang je hehe) ape lagi steambot lah.Mula-mula Lisa dah risau bila tengok ibu asyik susun-susun sume ayam,sotong,sayur,udang (favourite Lisa) dalam pinggan cantik-cantik tapi tak ada tanda nak masak-masakpun.Akhirnya bila ibu panggil makan, baru perasan dapur dah ada atas meja ngan sup beraroma umppphh berasap-asap lagi..ooo barulah faham kena celur dan makan panas-panas rupanya. Nak tau resepi..tengok bawah ye!
Bahan Kuah (stok sup) untuk 5 orang makan
1. 2 rangka ayam dinasour (boleh beli di pasar basah atau di pasar-pasar malam (yang penting, lagi banyak lagi besttt..
2. Ubi sengkuang 2 atau 3 biji (untuk tambah rasa manis kuah nanti)
3. Halia 2 /3 hiris
Cara:
1. Kupas sengkuang dan dipotong-potong
2.Rangka ayam dicuci dan direbus bersama sengkuang tadi. Tambahkan  halia. Rebus hingga kuah sup tadi hingga menjadi agak pekat (air dalam periuk tadi surut sedikit)
3. Keluarkan rangka ayam dan sengkuang dan tambahkan sedikit garam.Jika suka boleh tambah sedikit perasa. Angkat dan ketepikan.
 Bahan-bahan  Mentah
1. Bebola sotong, ikan,ketam, udang , fish cake,surimi, crab meat,telur,tauhu,cendawan dll.
2. Udang  yang dibuang janggut dan uratnya
3. Sotong yang dibelah dan diasingkan kepala (jika saiz besar) dan sotong kurita yang dipotong-potong
4. Ayam yang dihiris nipis dan panjang-panjang
5. Mee,bihun atau nasi goreng jika rasa menu tak cukup berat hehe
6. Sayuran seperti bayam  hijau, sawi putih,baby kailan,putik jagung , karot dll.
Masa nak makan, panaskan sup steambot hingga mendidih dan masukkan bahan-bahan yang hendak dimakan dan biarkan 3 hingga 4 minit (jangan lama sangat nanti layu).Masukkan dalam mangkuk dan cicah dengan kuah yang anda suka.
Bila hampir habis bahan mentah tadi,cuba pula mee atau bihun dan pecahkan telur (jika suka) dengan sup yang manis dan flavoured tadi.Jika mahu boleh juga dimakan dengan nasi goreng.
Bahan Sos
Blend 9 biji  cili merah dan 3 ulas bawang putih.Masak 1 cawan gula + 1/4 cawan air + 3/4 cawan cuka dalam periuk.Tambahkan cili dan bawang yang telah dimesin tadi.Masukkan sedikit bijan.Bila pekat,taburkan sedikit kacang tumbuk.

**Jika nak mudah, boleh guna sos cili thai yang banyak biji cili tu





0 comments:

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Glitter Words


create avatar
Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]