#

  Tom Yam Pok Tek

Sebut je tom yam, rasa nak meleleh air liur...tu belum bulan puasa lagi he2.
Ibu Lisa dah banyak kali buat tom yam pok tek ni tapi tak sempat nak upload ke blog...sibukkk memanjang.Hari ni nak berkongsi menu ni dengan sesiapa saja yang berminat di luar sana tu.

Bahan-bahannya: (Lagi banyak bahannya...lagi la sodap!)
Ketam 3 ekor (kalo nak banyak isi,pilih yang sederhana/besar)
Udang 15 ekor - buang kulit dah buang yang patut dibuang bahagian tengahnya
Sotong 7 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Kerang 10 (kalo suka)
Putik Jagung
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - potong bulat
Bawang putih 3 biji kecil - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - dititik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2
Limau nipis
Cili padi 12 biji (nak lagi pedas..tambahlah lagi bg berasap)
Paste tomyam 4 sudu (Ibu Lisa selalu guna yang botol warna ungu tu..power sikit)
Tomato puri 4 sudu (kalo tak ada, blend je 3 biji tomato sampai hancur)
Daun ketumbar - untuk hiasan
Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara
Air dididih dalam periuk (periuk sederhana). Masukkan paste tomyam & tomato puri. Kacau-kacau dan  masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi serta serai. Boleh rasa-mesti ada manis,pedas-tambah garam dan perasa.. Kalo dah ok masukkan ketam, udang & sotong dan kerang. Seterusnya,masukkan daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & putik jagung . Sayur-sayur tu jangan layu sangat (kekalkan vitaminnya kata ibu Lisa). Dah sedia-masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar dan perahkan limau nipis tadi.Wallaaaa!!!! Terangkat habis!!! Mesti buat tau..

Rebus semua bahan-bahan
**Untuk  4/5 orang makan ok la ni.Nyam..nyam splash!!

1 comments:

fazliana said...

salam sng rupenyer ye msk tomyam nie..terliur tgok tomyam 2 lisa..pe2 pon tq sharing

Post a Comment

Amat berbesar hati jika ada yang sudi memberi komen NAMUN semestinya yang MEMBINA.T.Kasih

Related Posts with Thumbnails

Tips Dan Trik Terus Ke E-mail anda

Terus Ke E-mail Anda

Nama Anda
E-Mail Anda
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]